aahhh this has long gone....if i m not mistaken the name was Livin Easy...from Amity Roses of California.... |
Alangkah indahnya hidup bila dapat bersantai dan berjalan-jalan di dalam taman sambil menghirup udara segarnya. Berhenti seketika untuk menghidu kewangian kuntuman mawar atau keharuman juntaian Kesidang, sambil mengintai beburung bertelagah di tengah laman berebut habuan yang dipungut entah dari mana. Sambil cuba mendekati sang rama-rama yang sedang menghisap madu dari corong si Bunga Tongking, atau mengendap sang mentadak mentadu yang sedang sabar menunggu mangsa. Sememangnya bersantai di dalam taman seperti ini amat menyegarkan, bukan sahaja fizikal malah minda dan rohani. Ia mampu menerapkan kesedaran tentang betapa agungnya Dia yang Maha Pencipta dengan segala kepelbagaian ciptaanNya yang terhidang di depan mata. Ia mampu menyahkan stress yang telah terkumpul dan menyegarkan diri setelah penat bekerja sepanjang hari, baik di pejabat maupun di rumah, sama ada sebagai ketua isi rumah mau pun sebagai suri yang sibuk mengurusi rumahtangga dan anak-anak. Tambahan pula bertaman adalah satu aktiviti yang amat menyihatkan kerana ia akan menyahkan toksik dengan mengeluarkan peluh dari badan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan dapur sesebuah isirumah, jika ‘penaman’ isirumah tersebut juga menanam tanaman dapur yang boleh dimakan seperti herba, ulaman atau sayuran di samping tanaman hiasan.
No comments:
Post a Comment