Sunday, 29 May 2011

Sayur Campur Pucuk Paku...vegetables without pesticide residue!

Selama ini tidak kutahu bahawa pucuk paku ini juga boleh dibuat sayuran....!




...dicampur dengan pucuk paku yang ini...haa yang ni saya memang tanam...ada dua kelompok besar di belakang umah...tapi yang atas tu...sentiasa dicabut buang...namun tetap muncul semula....kini dah tahu ia boleh dibuat sayur mungkin tidak akan dibuang-buang sajer....

kedua-dua paku-pakis di atas dicampur pula dengan pucuk Buah Leletup ini ....juga selama ini saya tidak tahu ia boleh dibuat sayur....semua pucuk-pucuk ini beserta Pucuk Meniding atau Pakis Merah..... sedap sebagai sayur masak lemak berencahkan isi ikan yang telah direbus dan ditumbuk...lebih sedap lagi jika dicampur sotong atau udangIni pastinya hidangan sayuran yang lebih menyihatkan...tidak seperti sawi dan kobis, sayur-sayuran ini tiada sisa racun serangga  padanya.....

No comments:

Post a Comment